Rabu, 20 Mei 2009

BATU BUNTAT BUMI (KOLEKSI)

TIDAK DIJUAL... tetapi
Di dalam batu ini terdapat BUNTAT BUMI di dalamnya. Jika digoncang, kedengaran goncangan buntat bumi yang secara semulajadinya terdapat di ruangan kosong di tengah-tengahnya yang menempatkan buntat bumi tersebut. Disebabkan 'keistimewaan' dan 'keindahan' nya daripada Allah Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa maka, Buntat Bumi ini tidak dimaharkan pada masa ini. Tidak perlulah saya menerangkan segala khasiat dan kelebihannya. Hanya mereka yang benar-benar arif tentangnya sahaja pasti dapat meneroka khasiat dan kelebihannya. Harus diingat, tiap-tiap sesuatu diciptakan Allah adalah untuk mempernyatakan kebesaran dan kekuasaanNya disamping untuk menjadi kegunaan atau mempunyai khasiat untuk hambaNya dan makhlukNya di dunia ini tapi dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t jualah hakikatnya berlaku sesuatu itu.
Saya akan maharkannya kepada sahabat yang benar-benar serius dan berhajat untuk pindah milik dan jumlah maharnya ialah RM77,777.77 ... Wallahhua'lam... Semuanya dengan kuasa dan izin Allah jua... Allah Maha Mengetahui.. Kepada sahabat yang serius sahaja, hubungi saya Roslan di talian 013-7139623 untuk hadir diri di kediaman saya untuk menilai akan kebenarannya dan segala pertanyaan akan dijawab pada pertemuan tersebut. Wang Mahar adalah tunai bukannya cek. Ini berdasarkan pengalaman lalu tentang penipuan penggunaan cek.. Harap sahabat-sahabat maklum dan faham mengenainya...
Sahabat yang telah membayar mahar secara tunai sahaja berhak untuk mendapatkan BUNTAT BUMI di dalam batu tersebut di hadapan saya samada dengan kaedah memecahkan, menggunakan mesin. Terpulang kepada sahabat. Jika tiada BUNTAT BUMI di dalamnya, wang tunai sahabat akan dikembalikan. Sahabat usah ragu dan khuatir akannya. Asas untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu perkara yang baik adalah dengan adanya sifat amanah, jujur dan ikhlas hati... Mudah-mudahan kita diberkati dan dirahmati Allah hendaknya...Insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan