Kepada sahabat yang benar-benar serius untuk memilikinya, boleh berhubung terus dengan saya Roslan, di talian 013-7139623 untuk hadir diri ke kediaman saya bagi melihat dan menilai sendiri kebenarannya.
Jumaat, 27 Mac 2009
TALI ROMO
Kepada sahabat yang benar-benar serius untuk memilikinya, boleh berhubung terus dengan saya Roslan, di talian 013-7139623 untuk hadir diri ke kediaman saya bagi melihat dan menilai sendiri kebenarannya.
FOSIL MANI GAJAH
* JATUH KE TANAH MENJADI FOSIL.
Untuk makluman para sahabat, mahar ini bukanlah ditetapkan oleh saya semata tetapi bagi mereka yang benar-benar berminat, jujur dan ikhlas hati pasti memahaminya dan maharnya boleh dirunding. Sayugia diingatkan, sekiranya terjadi sesuatu perkara (baik) yang luar biasa pada diri kita, ianya adalah pertolongan daripada Allah yang Maha Kuasa di atas setiap sesuatu yang dikehendakinya. Hindarilah diri kita dari sifat sombong, riak dan takabur.
Kepada sahabat yang benar-benar serius dan berhajat memilikinya, boleh berhubung terus dengan saya Roslan, di talian 013-7139623 untuk hadir diri ke kediaman saya bagi melihat dan menilai sendiri kebenarannya...Wallahhualam..
SELENDANG BERWAFAK ATAU DENGAN GELARAN SELENDANG SI PITUNG
Diwafakkan kalimah tersebut oleh guru saya, Kiyai Ahmad Abu Zarin Ahmad Hanbali yang juga merupakan ulama' dan imam di Demak Indonesia. Kaedah pembuatannya adalah tulisan tangan menggunakan tinta zafaron disertai bacaan zikirullah...
Fidhiyah/Mahar pindah milik yang saya tawarkan bagi 'Selendang Berwafak atau dengan gelaran Selendang Si Pitung' ini ialah RM700.00 sahaja. Ayat amalan akan di'ijazahkan' kepada mereka yang memilikinya. Sayugia diingatkan, sekiranya terjadi sesuatu perkara yang luar biasa pada diri kita, ianya adalah pertolongan daripada Allah yang Maha Kuasa di atas setiap sesuatu yang dikehendakinya. Hindarilah diri kita dari sifat sombong, riak dan takabur. Moga-moga beroleh kebahagiaan di dunia dan juga Akhirat....Insyaallah.. Wallahhu'alam.. Kepada sahabat yang benar-benar serius dan berhajat memilikinya, boleh berhubung terus dengan saya Roslan, di talian 013-7139623 untuk hadir diri ke kediaman saya bagi melihat dan menilai sendiri kebenarannya..... Wallahhu'alam..
Rabu, 25 Mac 2009
MADU LEBAH BIDARA DAN MADU LEBAH TUALANG ASLI SERTA KHASIATNYA
MADU BIDARA ASLI DAN MADU LEBAH TUALANG SERTA KHASIATNYA - UBAT PELBAGAI PENYAKIT
MADU BIDARA ASLI (1 BOTOL 500 GRAM) RM50.00 DAN MADU LEBAH TUALANG (1 BOTOL 500 GRAM) RM45.00
Madu asli yang kami perolehi ini adalah dari Hutan Perak. Ianya dijamin keasliannya.
- Madu - Ubat pelbagai penyakit begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kebiasaannya, masyarakat Melayu mempercayai bahawa madu adalah penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan masalah kelamin atau seksual.Kepopularan madu ini juga berkait rapat dengan saranan di dalam agama Islam itu sendiri. Al-Quran menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan tubuh badan dan rohani agar dapat mengerjakan segala perintah Allah s.w.t. dengan teratur. Firman Allah dalam surah an-Nahl: 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. Rasulullah s.a.w. juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)Dengan keyakinan bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang diterangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.: Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua. (Hadis riwayat Abu Daud) Mereka yang mengetahui khasiat madu akan menggunakannya secara rutin. Hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang dilakukan. Jika diamalkan setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya dalam kita melaksanakan ibadah puasa. Madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.
- Selain itu, mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat,"Hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang makan madu tiga kali sehari di dalam setiap bulan, tidak akan tertimpa ke atasnya bala yang besar, banyak kebenarannya.Dalam perubatan tradisional, madu dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika disapukan madu, akan dapat mengurangkan kesakitan sengatan dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan amat cepat menyembuhkan bahagian yang terbakar.
- Pengambilan madu juga boleh menyembuhkan batuk dan mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh, khususnya pada bahagian kaki. Di samping itu, banyak lagi penyakit yang boleh disembuhkan dengannya, misalnya hidung tersumbat dan kanak-kanak yang kencing malam.Madu tersusun atas beberapa molekul gula, seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral, asid amino dan asid folik. Ia dipercayai boleh memberi tenaga, kecergasan badan dan minda serta membina kesihatan dengan membaik-pulih sistem dalaman badan.
- Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t., madu adalah ubat yang menyembuhkan bagi manusia...Sekian.
* Sahabat-sahabat juga dipersilakan hadir ke Pusat Rawatan kami untuk menguji keaslian madu yang kami bekalkan.
Khamis, 12 Mac 2009
PRODUK HERBA YANG DIBEKALKAN
KHASIAT TEH KUMIS/MISAI KUCING (RM40.00)
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.
KHASIAT TEH SARI GUNGGU - RM30.00
· Merawat masalah Resdung
· Mencairkan kahak dan lendir
· Merawat serak suara
· Merawat masalah batuk berpanjangan
· Merawat masalah Migrain
KHASIAT JINTAN HITAM/HABBATUS SAUDA’ (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
· Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan antaranya merawat sakit gigi, sakit kepala (migraine), sakit tekak, mengatur haid, meningkatkan aliran susu, demam dan selsema, bau mulut, jerawat, mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system), masalah sesak nafas (asma), masalah hempedu, ginjal dan lainnya.
· Berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit) Oleh itu, ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
· Berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor (ketumbuhan) Oleh itu, ia baik digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
· Berupaya mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya.
· Menggalakkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi.
· Merenyahkan segala asid dan toksin dalam darah.
· Merawat masalah gout, artritis (bengkak sendi)
· Berupaya merawat masalah-masalah perut seperti cirit birit dan gastrik.
· Berupaya merawat Chikugunya.
KHASIAT UBI JAGA (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
Kegunaannya untuk merawat sakit pinggang, menambahkan hormon tubuh lelaki dan wanita, meningkatkan tahap kecergasan tubuh, memejalkan dan memantapkan isi tubuh, meningkatkan tenaga batin lelaki dan wanita serta banyak lagi khasiat yang bersangkutan dalaman tubuh.
KHASIAT TABAT BARITO – RM40.00
· Meningkatkan stamina serta memelihara kesihatan hormon dan organ dalaman wanita.
· Mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan
· Mencegah dan merawat masalah kanser (antikanser) dan tumor.
KHASIAT KACIP FATIMAH (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan
· Menegangkan payudara dan otot abdomen
· Memperkuatkan, menegangkan serta mengecutkan kembali otot faraj dan rahim yang hilang ketegangan akibat proses penuaan ataupun selepas bersalin.
· Mengembalikan keberahian semasa hubungan kelamin.
· Berkesan untuk merawat keputihan berlebihan.
· Berkesan untuk merawat masalah datang bulan (haid) tidak teratur.
· Berkesan memulihkan kesan Radang pada kulit akibat terdedah lama kepada cahaya matahari.
· Berkesan untuk mencantikkan dan memutihkan kulit.
KHASIAT HERBA BAGINDA ALI (Umum untuk lelaki dan wanita) – RM40.00
· Berkesan untuk merawat masalah batu karang, kencing manis.
· Berkesan untuk merawat lenguh sendi dan kebas kaki dan tangan
· Berkesan untuk merawat masalah asma/lelah serta angin ahmar.
· Melancarkan perjalanan darah.
· Memberi tenaga tambahan bagi mereka yang mudah letih dan lesu.
KHASIAT PENAWAR SULONG (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Berupaya merawat masalah ginjal (buah pinggang).
· Berupaya merawat masalah jantung, paru-paru (termasuk paru-paru berair).
KHASIAT MAHKOTA DEWA (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
Tumbuhan dengan nama saintifik Phaleria macrocarpa di kenal juga dengan nama Simalakama (Melayu/Sumater) dan Makuto Dewo (Jawa).
· berkhasiat untuk merawat berbagai jenis penyakit, seperti: Diabetes, Kanser (cth: kanser payu dara) dan Tumor (ketumbuhan), Hepatitis, Sebarah dan Buasir.
KHASIAT SENANGIN (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Merawat masalah saraf
· Melancarkan perjalanan darah
· Menghilangkan bisa dalam badan
· Merawat masalah kebas di badan
· Merawat masalah angin ahmar
KHASIAT MINYAK RAJA KAYU – RM18.00
Merawat masalah terseliuh, retak tulang, sakit kulit (kudis & kurap), terkena api & air panas, penawar bagi digitan binatang berbisa dan lain-lain
* Amaran ! : Jangan dilangkah. Proses pembuatan minyak ini menggunakan ayat suci Al-Quran antaranya Surah Ibrahim, Surah Sulaiman, Bismillah 5 dan 7 serta ayat Khatamulnurbuah.
KHASIAT MINYAK SAWANAN BAYI – RM15.00
Merawat masalah kembung perut, gangguan halus dan lain-lain
* Amaran ! : Jangan dilangkah. Proses pembuatan minyak ini menggunakan ayat suci Al-Quran antaranya Surah Sulaiman, Bismillah 7, Ayat Qursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas (Tiga Qul).
* Untuk makluman, mahar yang ditawarkan adalah termasuk urusan pos 5 hari waktu berkerja.
* Sahabat-sahabat juga dialu-alukan datang ke Pusat Rawatan kami untuk berkongsi pendapat dan juga pengalaman di samping melihat sendiri koleksi peribadi yang dipamerkan (jika perlu), insyaallah..
ALAMAT PUSAT RAWATAN:
PUSAT RAWATAN ALTERNATIF
NO.3, TINGKAT 2,
JALAN AKED UTAMA
TAMAN AKED
86400 PT. RAJA, BT. PAHAT
JOHOR DARUL TA'ZIM