Rabu, 25 Mac 2009

MADU LEBAH BIDARA DAN MADU LEBAH TUALANG ASLI SERTA KHASIATNYA





MADU BIDARA ASLI DAN MADU LEBAH TUALANG SERTA KHASIATNYA - UBAT PELBAGAI PENYAKIT
MADU BIDARA ASLI (1 BOTOL 500 GRAM) RM50.00
DAN MADU LEBAH TUALANG (1 BOTOL 500 GRAM) RM45.00

Madu asli yang kami perolehi ini adalah dari Hutan Perak. Ianya dijamin keasliannya.
  • Madu - Ubat pelbagai penyakit begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kebiasaannya, masyarakat Melayu mempercayai bahawa madu adalah penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan masalah kelamin atau seksual.Kepopularan madu ini juga berkait rapat dengan saranan di dalam agama Islam itu sendiri. Al-Quran menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, mahupun kesihatan tubuh badan dan rohani agar dapat mengerjakan segala perintah Allah s.w.t. dengan teratur. Firman Allah dalam surah an-Nahl: 69 yang bermaksud: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. Rasulullah s.a.w. juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)Dengan keyakinan bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya yang diterangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.: Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua. (Hadis riwayat Abu Daud) Mereka yang mengetahui khasiat madu akan menggunakannya secara rutin. Hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang dilakukan. Jika diamalkan setiap hari, ia akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup, terutamanya dalam kita melaksanakan ibadah puasa. Madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian.

  • Selain itu, mereka yang mahu mengamalkan diet yang sihat, pengambilan madu adalah satu langkah yang bijak dan selamat,"Hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang makan madu tiga kali sehari di dalam setiap bulan, tidak akan tertimpa ke atasnya bala yang besar, banyak kebenarannya.Dalam perubatan tradisional, madu dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika disapukan madu, akan dapat mengurangkan kesakitan sengatan dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan amat cepat menyembuhkan bahagian yang terbakar.

  • Pengambilan madu juga boleh menyembuhkan batuk dan mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh, khususnya pada bahagian kaki. Di samping itu, banyak lagi penyakit yang boleh disembuhkan dengannya, misalnya hidung tersumbat dan kanak-kanak yang kencing malam.Madu tersusun atas beberapa molekul gula, seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral, asid amino dan asid folik. Ia dipercayai boleh memberi tenaga, kecergasan badan dan minda serta membina kesihatan dengan membaik-pulih sistem dalaman badan.

  • Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t., madu adalah ubat yang menyembuhkan bagi manusia...Sekian.

* Sahabat-sahabat juga dipersilakan hadir ke Pusat Rawatan kami untuk menguji keaslian madu yang kami bekalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan