Khamis, 12 Mac 2009

PRODUK HERBA YANG DIBEKALKAN

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Berikut adalah senarai produk herba berserta maharnya yang dihasilkan sendiri oleh saya berdasarkan pembelajaran, penyelidikan dan juga pengalaman yang saya lalui. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua, insyaallah. Jika ada sebarang persoalan atau kemusykilan, bolehlah berhubung terus dengan saya Roslan, di talian 013-7139623 atau sahabat saya Hashim, di talian 013-7201413 atau emailkan kepada kami di nagacimande@yahoo.com insyaallah kami sedia membantu.

KHASIAT TEH KUMIS/MISAI KUCING (RM40.00)
Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

KHASIAT TEH SARI GUNGGU - RM30.00
· Merawat masalah Resdung
· Mencairkan kahak dan lendir
· Merawat serak suara
· Merawat masalah batuk berpanjangan
· Merawat masalah Migrain

KHASIAT JINTAN HITAM/HABBATUS SAUDA’ (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
· Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan antaranya merawat sakit gigi, sakit kepala (migraine), sakit tekak, mengatur haid, meningkatkan aliran susu, demam dan selsema, bau mulut, jerawat, mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system), masalah sesak nafas (asma), masalah hempedu, ginjal dan lainnya.
· Berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit) Oleh itu, ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
· Berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor (ketumbuhan) Oleh itu, ia baik digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
· Berupaya mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dan sebagainya.
· Menggalakkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi.
· Merenyahkan segala asid dan toksin dalam darah.
· Merawat masalah gout, artritis (bengkak sendi)
· Berupaya merawat masalah-masalah perut seperti cirit birit dan gastrik.
· Berupaya merawat Chikugunya.

KHASIAT UBI JAGA (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
Kegunaannya untuk merawat sakit pinggang, menambahkan hormon tubuh lelaki dan wanita, meningkatkan tahap kecergasan tubuh, memejalkan dan memantapkan isi tubuh, meningkatkan tenaga batin lelaki dan wanita serta banyak lagi khasiat yang bersangkutan dalaman tubuh.

KHASIAT TABAT BARITO – RM40.00
· Meningkatkan stamina serta memelihara kesihatan hormon dan organ dalaman wanita.
· Mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan
· Mencegah dan merawat masalah kanser (antikanser) dan tumor.

KHASIAT KACIP FATIMAH (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan
· Menegangkan payudara dan otot abdomen
· Memperkuatkan, menegangkan serta mengecutkan kembali otot faraj dan rahim yang hilang ketegangan akibat proses penuaan ataupun selepas bersalin.
· Mengembalikan keberahian semasa hubungan kelamin.
· Berkesan untuk merawat keputihan berlebihan.
· Berkesan untuk merawat masalah datang bulan (haid) tidak teratur.
· Berkesan memulihkan kesan Radang pada kulit akibat terdedah lama kepada cahaya matahari.
· Berkesan untuk mencantikkan dan memutihkan kulit.

KHASIAT HERBA BAGINDA ALI (Umum untuk lelaki dan wanita) – RM40.00
· Berkesan untuk merawat masalah batu karang, kencing manis.
· Berkesan untuk merawat lenguh sendi dan kebas kaki dan tangan
· Berkesan untuk merawat masalah asma/lelah serta angin ahmar.
· Melancarkan perjalanan darah.
· Memberi tenaga tambahan bagi mereka yang mudah letih dan lesu.

KHASIAT PENAWAR SULONG (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Berupaya merawat masalah ginjal (buah pinggang).
· Berupaya merawat masalah jantung, paru-paru (termasuk paru-paru berair).

KHASIAT MAHKOTA DEWA (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
Tumbuhan dengan nama saintifik Phaleria macrocarpa di kenal juga dengan nama Simalakama (Melayu/Sumater) dan Makuto Dewo (Jawa).
· berkhasiat untuk merawat berbagai jenis penyakit, seperti: Diabetes, Kanser (cth: kanser payu dara) dan Tumor (ketumbuhan), Hepatitis, Sebarah dan Buasir.

KHASIAT SENANGIN (1 BOTOL 40 KAPSUL) – RM40.00
· Merawat masalah saraf
· Melancarkan perjalanan darah
· Menghilangkan bisa dalam badan
· Merawat masalah kebas di badan
· Merawat masalah angin ahmar

KHASIAT MINYAK RAJA KAYU – RM18.00
Merawat masalah terseliuh, retak tulang, sakit kulit (kudis & kurap), terkena api & air panas, penawar bagi digitan binatang berbisa dan lain-lain
* Amaran ! : Jangan dilangkah. Proses pembuatan minyak ini menggunakan ayat suci Al-Quran antaranya Surah Ibrahim, Surah Sulaiman, Bismillah 5 dan 7 serta ayat Khatamulnurbuah.

KHASIAT MINYAK SAWANAN BAYI – RM15.00
Merawat masalah kembung perut, gangguan halus dan lain-lain
* Amaran ! : Jangan dilangkah. Proses pembuatan minyak ini menggunakan ayat suci Al-Quran antaranya Surah Sulaiman, Bismillah 7, Ayat Qursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas (Tiga Qul).

* Untuk makluman, mahar yang ditawarkan adalah termasuk urusan pos 5 hari waktu berkerja.
* Sahabat-sahabat juga dialu-alukan datang ke Pusat Rawatan kami untuk berkongsi pendapat dan juga pengalaman di samping melihat sendiri koleksi peribadi yang dipamerkan (jika perlu), insyaallah..

ALAMAT PUSAT RAWATAN:
PUSAT RAWATAN ALTERNATIF
NO.3, TINGKAT 2,
JALAN AKED UTAMA
TAMAN AKED
86400 PT. RAJA, BT. PAHAT
JOHOR DARUL TA'ZIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan